Saturday, January 12, 2013

Hubungan ini...


Dia bukan suamiku lagi...
Dan aku bukan isteri Dia lagi...
Tindakannya betul..
Menjarakkan..tapi hakikatnya mengeratkan...
Erat melalui hantaran-hantaran doa...
Yang dilantunkan siang malam pagi petang..

Andai dulu kita dieratkan melalui Hotlink dari tengah malam hingga lewat pagi..
Kini semua itu terkubur...
Tiada lagi Hotlink supersaver di tengah malam..
Yang ada hanya 1 sen khabar yg diterima...
Ya Allah hebatNya Engkau merubah hambaMu sekelip mata...

Yaaa...andai ada yang bertanya...
" Boleh ke tahan kalau mcm tu.? Tak rindu ke? Tak takut ke dia berpaling arah..."
ahhhh...persetankan semua itu...
Ini semua takdirNya wahai sahabatku sekalian..
Aku tak berdaya melawan takdirNya..
Aku terima dengan redha ketentuan ini..
Kerana aku yakin pengakhirannya nanti cukup indah buat kami..Insyaallah...

Buat bakal suamiku terima kasih mengingatkan..
Terima kasih melakukan perubahan ini demi suatu hubungan yg suci..
Andai aku jodohmu satu hari nanti terimalah aku seadanya aku..
Kerana aku tidak secantik Zulaika dan tidak juga semulia Khadijah...
Tapi..aku berdoa dan mencuba agar engkau menerimaku seadanya...aminn.. 


No comments: